Wednesday, May 27, 2009

Puasa dan munajat : Pemuda sokong saranan Pj Perak

Kenyataan Media ( 26 Mei 2009 )

Dewan Pemuda Pas Perak memberi sokongan padu terhadap saranan Pesuruhjaya PAS Perak untuk kita bermunajat dengan cara berpuasa dan mogok lapar (khusus untuk orang bukan Islam) dan diakhiri pada kemuncaknya dengan solat hajat. Tindakan ini dilihat bersesuaian dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah, ayat 45, yang bermaksud “dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang”

Kita (rakyat) dizalimi oleh pihak yang tamakkan kuasa. Sebagai ummat Islam senjata kita adalah doa dan munajat kepada Allah Penguasa Alam. Dalam memperjuang Islam, kita diajarkan untuk melakukan amalan sunat dengan bermunajat setiap masa, puasa, solat hajat dan zikir. Senjata ini khusus kepada Ummat Islam bagi menghancurkan kezaliman dan menegakkan keadilan. Sehingga kini rakyat bukan Islam mahu turut serta dengan Ummat Islam untuk menyatakan sikap tidak puas hati mereka terhadap pemerintah yang zalim, maka ruang yang ada pada mereka adalah mogok lapar seperti yang dilakukan di luar negara.

Tindakan sama, cuma niat dan sandaran sahaja yang berbeza, UMNO yang berideologi kebangsaan iaitu Melayu tiada warta dalamnya istilah wajib, sunat, dosa dan pahala, tetapi PAS berbeza dengan UMNO, ideologi PAS berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi, ia merangkumi segala- segalanya tentang kehidupan manusia. Islam itu sempurna. UMNO tidak wajar politikkan perkara ini, kita sudah lama amalkan dalam PAS. PAS tidak pernah memisahkankan di antara agama dan politik. Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata; UMNO kuat sebab mereka bergantung dengan parti komponen mereka, iaitu MCA dan MIC. Sekarang, Cina dan India telah beralih pandangan dan sokongan mereka kepada PAS, lalu UMNO risau. Kita juga risau tentang banyak perkara tapi kita diajar mengadu dan bergantung pada Allah SWT, ini paksi perjuangan kita. Sekarang bukan Islam pun sudah jelas tentang perjuangan Islam, iaitu Islam For All. Kita tetap menang walaupun Mahkamah Rayuan telah isytihar sebaliknya. Umno menang dengan kuasa mahkamah, kita menang dengan kuasa rakyat.

Zawawi bin Abu Hasan
Ketua Dewan Pemuda Pas Perak

No comments:

Post a Comment