Friday, November 6, 2009

Wednesday, June 24, 2009

Jamuan Unit Amal Bagan Serai


Satu majlis jamuan ringkas telah diadakan oleh Unit Amal Bagan Serai bagi meraikan perlantikan Jawatankuasa baru. Majlis dirancang secara spontan telah diadakan di Markas PAS Kubu Gajah Gunung Semanggol juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pimpinan Pemuda PAS kawasan Bagan Serai dan ahli-ahli Unit Amal yang juga dikalangan ahli-ahli Pemuda PAS. Menurut Saudara Ahmad Farid bin Saleh selaku Ketua Penerangan Pemuda PAS kawasan Bagan Serai yang juga Ahli Lembaga Pengarah Amal Perak, acara atau program ini akan dijadikan program bulanan DPPK Bagan Serai khususnya Unit Amal Bagan Serai. Sementara itu, Saudara Abral bin Mohamad Noor selaku Penyelaras Unit Amal Bagan Serai menjelaskan, program tersebut akan di isi dengan pelbagai slot seperti kuliah maghrib, tazkirah dan juga usrah dengan melibatkan pimpinan PAS kawasan Bagan Serai dan juga pimpinan-pimpinan kawasan yang berdekatan.


Dalam program tersebut, Ustaz Akmal bin Haji Kamaruddin selaku Naib ketua DPPK Larut merangkap Ketua Penerangan DPPN Perak telah menyampaikan tazkirah ringkas dan telah disambung oleh Ustaz Idris bin Ismail yang merupakan Timbalan Ketua DPPK Bagan Serai merangkap Exco Pemuda DPPN Perak. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh YB Haji Ramli bin Tusin YDP PAS kawasan Bagan Serai merangkap ADUN Gunung Semanggol dan juga YB Haji Husin bin Din TYDP PAS kawasan Bagan Serai merangkap ADUN Selinsing.

Sunday, May 31, 2009

SUKAN PASTI BAGAN SERAI





Bagai Garuda Menyerang…. Dimana ada bola disitulah mereka berkumpul. Sehinggakan ada yang terpaksa menjaringkan gol sendiri kerana risau bola ‘dirampas’ pihak lawan dan bagi jurulatih pula, terpaksa menggunakan khidmat ‘Speaker’ tambahan dari kalangan bapa-bapa untuk membantu pasukan masing-masing menang. Bagi pertandingan bola jaring pula, kaum ibu memonopoli permainan tersebut untuk memastikan bola berada didalam kawalan pasukan anak-anak mereka. Namun begitu, kesemua pertandingan berjalan dengan baik dan sempurna, penuh dengan gelak ketawa dan kemeriahan biarpun cuaca panas.


Begitulah suasana pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bagan Serai 2009 telah dianjurkan pada 24hb.Mei 2009 oleh Unit PASTI DPPK Bagan Serai. Seramai 250 orang murid-murid dari 12 buah PASTI di kawasan Bagan Serai telah terlibat dalam program tersebut. Program yang diadakan di padang awam Gunung Semanggol bermula pada jam 8.30 pagi yang didahului dengan perarakan kontijen-kontijen PASTI di kawasan Bagan Serai dan bacaan Ikrar oleh murid-murid PASTI.Program tersebut juga telah menarik minat ramai ibu bapa untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam pertandingan-pertandingan tersebut. Menurut saudara Azara’i bin Md. Daud selaku Pengerusi Unit PASTI Bagan Serai, Pihak PASTI sememangnya meminta sokongan penuh bukan sahaja dari kalangan ibu-bapa dan keluarga murid-murid PASTI, malahan melibatkan penduduk kampung PASTI masing-masing. Beliau juga menjelaskan pada program kali ini juga telah diadakan Khidmat Pemeriksaan Kesihatan percuma untuk penduduk-penduduk dan para hadirin yang datang pada program tersebut. Juga diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dari umur 4 tahun sehingga 10 tahun mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah pemenang telah dilaksanakan oleh saudara Hashan Alhadi selaku Pengarah PASTI Perak. Johan Bola Sepak telah disandang oleh PASTI Selinsing manakala Johan Bola Jaring pula disandang oleh PASTI Parit Haji Taib 3. dalam ucapan penutup, beliau meminta agar ibu bapa terus memilih PASTI sebagai pusat pendidikan awal yang berteraskan Islam dan menjadi duta kepada PASTI untuk memastikan PASTI terus mendapat sambutan. Bagi pihak urusetia program, Jazakallahu Khairan Kathira diucapkan kepada semua pihak khususnya, DPPK Bagan Serai, MGP Bagan Serai, Unit Amal Bagan Serai, Pejabat Kesihatan dan semua pihak yang telibat dalam menjayakan program tersebut.

Wednesday, May 27, 2009

Puasa dan munajat : Pemuda sokong saranan Pj Perak

Kenyataan Media ( 26 Mei 2009 )

Dewan Pemuda Pas Perak memberi sokongan padu terhadap saranan Pesuruhjaya PAS Perak untuk kita bermunajat dengan cara berpuasa dan mogok lapar (khusus untuk orang bukan Islam) dan diakhiri pada kemuncaknya dengan solat hajat. Tindakan ini dilihat bersesuaian dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah, ayat 45, yang bermaksud “dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang”

Kita (rakyat) dizalimi oleh pihak yang tamakkan kuasa. Sebagai ummat Islam senjata kita adalah doa dan munajat kepada Allah Penguasa Alam. Dalam memperjuang Islam, kita diajarkan untuk melakukan amalan sunat dengan bermunajat setiap masa, puasa, solat hajat dan zikir. Senjata ini khusus kepada Ummat Islam bagi menghancurkan kezaliman dan menegakkan keadilan. Sehingga kini rakyat bukan Islam mahu turut serta dengan Ummat Islam untuk menyatakan sikap tidak puas hati mereka terhadap pemerintah yang zalim, maka ruang yang ada pada mereka adalah mogok lapar seperti yang dilakukan di luar negara.

Tindakan sama, cuma niat dan sandaran sahaja yang berbeza, UMNO yang berideologi kebangsaan iaitu Melayu tiada warta dalamnya istilah wajib, sunat, dosa dan pahala, tetapi PAS berbeza dengan UMNO, ideologi PAS berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi, ia merangkumi segala- segalanya tentang kehidupan manusia. Islam itu sempurna. UMNO tidak wajar politikkan perkara ini, kita sudah lama amalkan dalam PAS. PAS tidak pernah memisahkankan di antara agama dan politik. Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata; UMNO kuat sebab mereka bergantung dengan parti komponen mereka, iaitu MCA dan MIC. Sekarang, Cina dan India telah beralih pandangan dan sokongan mereka kepada PAS, lalu UMNO risau. Kita juga risau tentang banyak perkara tapi kita diajar mengadu dan bergantung pada Allah SWT, ini paksi perjuangan kita. Sekarang bukan Islam pun sudah jelas tentang perjuangan Islam, iaitu Islam For All. Kita tetap menang walaupun Mahkamah Rayuan telah isytihar sebaliknya. Umno menang dengan kuasa mahkamah, kita menang dengan kuasa rakyat.

Zawawi bin Abu Hasan
Ketua Dewan Pemuda Pas Perak

Thursday, May 21, 2009

TAKUT BUBAR DUN PERAK, KERAJAAN NEGERI LUMPUH

Kenyataan Media (20 Mei 2009)Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjangkakan keengganan Umno / Barisan Nasional (BN) Perak tidak ingin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak atas alasan mengelak dari pembaziran wang rakyat adalah merupakan satu alasan yang sangat dangkal dan tidak munasabah.DPPN Pk melihat, berdasarkan kos perbelanjaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai meningkat adalah kerana berlaku kos yang tidak wajar amat jelas kelihatan telah berlaku pembaziran.DPPN Pk khuatir seandainya sumber kewangan Kerajaan Negeri hampir lumpuh kerana pelabur takut untuk melabur di Negeri Perak akibat krisis yang sedang berlaku sudah berlarutan perlu kepada tindakan segera untuk diselamatkan.DPPN Pk percaya akibat tindak tanduk Umno / BN ini akan merugikan perkembangan ekonomi Kerajaan Negeri dan juga rakyat Negeri Perak yang sudah pasti dengan kegawatan ekonomi yang sedang melanda ini menambahkan lagi beban yang amat merumitkan rakyat seluruhnya.DPPN Pk justeru mengiatkan dan mendesak supaya kuasa menentukan kembali Kerajaan Negeri segera diberikan kembali kepada rakyat supaya pembinaan Kerajaan Negeri yang baru akan dibentuk lebih kukuh dan bersih serta diyakini oleh semua pihak terutama pelabur yang ingin melabur kembali ke Negeri Perak.DPPN Pk dengan ini bersedia menjadi perhubung kepada proses untuk pembuburan DUN Perak kerana hanya inilah jalan yang akan mengembalikan keyakinan dan kelancaran ekonomi Kerajaan Negeri kelak dan yang akan mendapat faedahnya kepada rakyat.DPPN Pk amat yakin PAS sudah bersedia membina Kerajaan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Negeri Perak yang berteraskan Kerajaan yang amanah, adil, bersih dan berkebajikan jika mendapat mandat yang akan diberikan oleh rakyat Negeri Perak.

Dr Raja Ahmad Al-Hiss
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak